Abu
Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
Beliau
lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.Di dunia Barat beliau telah
dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan,
tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.Dilahirkan pada 354
H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.Beliau
dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang
menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Pada tahun terakhir
hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik
hingga akhir hayatnya.Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun
1039M katika usianya 74 tahun.
Di Bandar Basrah
dan Baghdad inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik
menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama
berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan
merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Keintelektualan
Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan
kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu
menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik,
fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi,
Beliau adalah salah seorang tokoh
cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di
tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
Kemasyhurannya
sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu,
iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M)
mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah
memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau
diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri
itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan
takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada
pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau
kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan.
Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan
dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan
ilmu.
Ibnu Haitham
datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus
menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga
turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama
dari bahasa Latin.
Sebelum itu
beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu
pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari
optik sehingga terkenal dalam bidang optik.
Pada tahun
terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli
matematik hingga akhir hayatnya.Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah
pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.
SUMBANGAN IBNU HAITHAM
*
TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
- Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa
penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik iaitu
Teori Hukum Pembiasan (fenomena atmosfera). Penemuannya yang terkenal
ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa
sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut
pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di
kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19
darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki
langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19
darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik
moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang
bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
*TEORI
PENGLIHATAN (optik)
- Selain itu, dengan menggunakan kaedah
matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen
yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan Teori Penglihatan (optik)pada
batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen
dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji
gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena
optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang
mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang
keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang
memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan
cahaya ke mata manusia.
*CERMIN KANTA CEKUNG
DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham juga telah
mengkaji cermin cekung dan cermin cembung. Ibnu Haitham telan menggunakan
mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung
untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin
sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami
bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.
*TEORI BIASAN CAHAYA
Teori
ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada
permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di
dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi
rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
*AHLI BIDANG FALSAFAH
§ Ibnu Haitham telah
disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya
adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham
mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant
sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran
hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada
kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.
*BIDANG ASTRONOMI
§ Beliau melanjutkan
pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi
benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan
planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga
dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran
Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar
dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.
*BIDANG FIZIK
Dalam
bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa
beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan
menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah
mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes
Kepler.
KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM
§ Ibnu Haitham merupakan
ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai
cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku,
namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:
Ø Maqalah fi Istikhraj Samt
al-Qiblah(penyusunan kota)
Ø Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi)
Ø Kitab fi al-Minasit(kamus optik)
Ø Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin
yang membakar)
Ø Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan
langit)
Ø Zawahir al-hasaq(gejala senja)
Ø Fi Kayfiyat al izlal
Ø Fi al-Asar Allazi al-Qamar
Ø Fi ad-Dawar
Ø Fi al-Makan
Ø fi al-Mulumar
Ø Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi
Ø Fi Irtifa al-Quth
semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya
tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara
ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke
dalam bahasa-bahasa Eropah.
§ Ibnu Haitham juga pernah
menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur.
Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan
telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.
§ Al-Munadzir adalah satu
daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan
buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik
selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan
kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus
Opticae.
KESIMPULAN
Sumbangan Ibnu
Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya
dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan
sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah
"dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat
patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana
tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu
sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut
yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang
kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham
adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada
zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya
mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas
menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil
usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang
terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat
menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu
Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia
Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan
moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger
Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan
yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang
penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat
untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
|
No comments:
Post a Comment