1. Al-Haitham (965-1038)
Al-Haitham (di dunia barat dikenali sebagai Alhazen) atau nama
sebenarAbu Ali
al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik yang ternama
dalam zaman kegemilangan Islam. Dia juga dikenali sebagai ahli matematik,
astronomi, kejuruteraan, anatomi, psikologi, opthalmologi dan falsafah.
Oleh kerana sumbangannya yang penting dalam fizik dan
bidang-bidang lain, sesetengan sarjana sasins telah menganggapnya sebagai tokoh
fizik terunggul pada zaman itu
Sumbangannya dalam fizik termasuklah kajian tentang gerakan yang
mana membawa beliau menemui prinsip inersia (dikenali sekarang sebagai Hukum
Newton Pertama) dan statik. Dia talah menjadikan optik satu bidang sains yang
baru.
Dengan menggunakan matematik dan modul fizik yang baik dan
dengan membuat eksperimen yang teliti, beliau telah meletakkan optik pad asatu
asas yang kukuh.
Dia telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam
penyelidikannya. Dalam kajiannyaa beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri b
ayang-bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting.
Dia menggunakan mesin “lathe” larik untuk membuat cermin dan
kanta cembung dan cekung untuk penyelidikaannya.
Sumbangan Al-Haitham yang penting dalam kajian tentang cermin
sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji abrevasi sfera dan memahami bahawa
dalam cermin parabolik, kesemua cahaya tertumpu pada satu titik.
Sumbangan Al-Haitham dalam biasan cahaya adalah lebih
mengagumkan. Dia telah menggunakan segi empat had laju pada permukaan biasan
beberapa abad sebelu Isaac Newton memperkenalkan di dunia barat. Beliau juga
percasya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya yang dinamakan
pada masa ini sebagai Prinsip Fermat).
Al-Haitham juga memberi sumbanagn dalam fenomena atmosfera.
Beliau telah mengisahkan kesan atmosfera dalam membiaskan cahaya yang datang
dari cakerawala. Fenomena subuh dan kekuningan/kemerahan langit selepa matahari
terbenam juga menjadi bahan kajiannya.
Sumbanagnnya terhadap fisiologi mata juga tidak kurang
pentingnya. Beliau menyatakan bahawa proses penglihatan adalah cahaya datang
dari objek dan masuk ke mata. Beliau menganalisa peranan mata bertindak sebagai
kanta. Kajiannya tentang fisiologi dan penyakit mata merupakan satu pencapaian
sains yang begitu tinggi nilainya.
Antara karya-karya beliau; Kitab Al Manazir yang membicarakan konsep momentum dan
menggunakan istilah Quwwat al
harakah.
2. Al-Biruni
Al-Biruni atau nama sebenar Abu Rayhan Muhammad ibn
Ahmad Biruni adalah
tokoh yang hidup sezaman dengan Al-Haitham, tetapi berada di tempat yang
berlainan iaitu di Parsi.
Selain daripada menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi
yang agung dan juga ahli matematik yang pintar.
Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang luas; memahami
geografi, sejarah dan agama.
Bukunya Qanun al-Mas’uddi merupakan teks astronomi yang paling
menyeluruh pada azamannya yang digunakan beberapa abad lamanya. Bukunya yang
bertajuk Unsur-unsur Astrologi juga menjadi rujukan ramai.
Al-Biruni membuat pengajian yang mendalam tentang fizik dan
falsafah. Di dalam surat-suratnya kepada Ibn Sina membuktikan beliau tidak
terikat dengan fizik Aristotle dan falsafah peripatetik.
Di dalam perutusannya kepada Ibn Sina, dia juga ada
membincangkan tentang keselanjaran dan ketakselanjaran jirim dan beliau percaya
adanya ketakselanjaran.
Beliau juga membincangkan apa yang difahamkan sebagai teori atom
apabila ia menyangkal pendapat bahawa sesuatu bongkah itu boleh dibelah kepada
beberapa komponen yang lebih kecil secara berterusan tanpa had.
Al-Biruni juga ada membincangkan tentang kemungkinan orbit
cakerawala adalah dalm bentuk elips.
Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan mekanik dan
hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur ketumpatan relatif
beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.
Bahan
|
Menurut Al-Biruni
|
Nilai moden
|
Emas/ Au
|
19.05
|
19.26
|
Tembaga/ Cu
|
8.83
|
8.85
|
Timah/Sn
|
7.15
|
7.29
|
Besi / Fe
|
7.74
|
7.7
|
Di dalam bidang mekanik bendalir beliau membincangkan tentang
tekanan, keseimbangan bendalir dan penyesakan ke atas air pada mata air.
3. Al-Khazini
Abu Fath Abd
al-Rahman al-Khazini adalah
ahli fizik yang terkenal dala abad ke 5H/12M (era selepas Al-Haitham dan
Al-Biruni).
Asalnya dia adalah seorang hamba bangsa Yunani. Al-Khazini
terkenal keran penglibatan dalam bidang mekanik dan hidrostatik.
Diantara buku-buku tulisannya ialah “Mizan al-Hikmah” yang
dianggap sebagai buku yang terpenting dalam mekanik dan hidrostatik yang
ditulis oleh sarjana Islam.
Di dalam buku ini terdapat pandangan tokoh-tokoh sebelumnya
seperti Ar-Razi, Ibn Khayyam dan Al-Biruni. Dia menggunakan pusat graviti dalam
membina neracanya.
Kerja yang dilakukan oleh Al-Khazini termasuklah mengukur
ketumpatan udara. Dia mendapati udara, seperti cecair, memberikan daya apungan
kepada objek yang berada di dalamnya.
Beliau menyelidiki tegangan permukaan cecair dan mengukur
graviti spesifik cecair. Dia tahu ketumpatan cecair adalah bersandar kepada
suhu dan kemarinan. Dia percaya adanya tarikan yang menyebabkan unsur-unsur
kecil membentuk satu jasad. Dia juga percaya adanya graviti.
Graviti spesifik beberapa bahan oleh Al-Khazini adalah seperti
berikut:
Bahan
|
Menurut Al-Khazini
|
Nilai moden
|
Raksa/Hg
|
13.56
|
13.59
|
Besi/Fe
|
7.74
|
7.79
|
Timah/Sn
|
7.34
|
7.29
|
Plumbum/Pb
|
11.32
|
11.35
|
4.
Ibn Yunus
Abu Saud
Abd Rahman Ibn Yunus, adalah seorang ahli fizik yang terkemuka di Kaherah. Dia
mencipta bandul dan menerangkan bagaimana bandul beroperasi. Bandul telah
digunakan untuk mengukur masa.
No comments:
Post a Comment