jam!!!.. masa.. dulu x pntig, skrag?.. bapak die.. daa laju sihhh..

jam!!!.. masa.. dulu x pntig, skrag?.. bapak die.. daa laju sihhh..
arwah ayah aku meniggal 8 hari ak nk exam, dulu2 mmg pernah r mglamun s0rag2.. nty da keje nk kasi ayah & ma duit bulan2, nnty rayer nk bli baju rayer, nnty da sakit aku nk suapkan bubur... fuhhh!.. mgeluh ak.. sumer x kesampaian.... ak niy bukan anak y baik, selalu jgak wt ma marah.. tp xder r tahap derhaka si tanggang tuh.. ak nih pemalas, skarg pun still ag.. tp da 0k lar ckit ann.. da sedar diri.. beza giler nga dulu... bilik b'sepah2.. bengo0ng ak nih!.. skag da mature d0k umah sewa.. sumer da pndai.. paling best da x cm dulu, dulu ma y kejutkan.. skrg da x lagiiiiiiii........ apa aku nk ckp, syg apa y masih ader, jgn nk leka sgt.. o0wkeh!!..

Tuesday, February 14, 2012

ARWAH AYAHANDAKU...

 


Ayah aku seorang yang warak, tegas tetapi tetap berlembut dengan anak-anak....

Ayah seorang yang teramat baik, sehinggakan kalau ada silapku...

Ayah akan meminta tolong ibu untuk menasihatiku...

Ayah seorang yang teramat menjaga hati dan perasaan anak-anaknya...

aku mengorat ngan pkwer aku pun dia tak marah...

sempoi jer aku ngorat depan dia...

jangan kata nak marah aku..

tegur aku pun tidak...

kalau ingat-ingat balik...

kelakar ugak do0k??..

hahahaha..


Sampai kesaat niy aku masih ingat dia auw...


DETIK-DETIK PEMERGIAN ARWAH...


8 hari sebelum aku exam SPM...

arwah meniggalkan aku...

kira-kira dalam 7.30 pagi selepas arwah menghantar adik kembarku ke sekolah...

arwah telah dilanggar dengan...

sebuah kereta Waja..

seorang pemandunya yang berambut panjang...

pemandu tersebut dalam perjalanan untuk balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Qurban...

Hajat arwah yang ingin mengorbankan dua ekor lembunya tidak kesampaian...

menitis air mata Mak dengan pemergian Ayah yang tidak disangka-sangka..

seluruh keluarga kelu tanpa sepatah bicara...


Ketika hayat arwah masih ada...


arwah telah mewasiatkan " sekiranya saya mati nanti, jangan kebumikan saya di tanah perkuburan disini... kebumikan jasad badan saya di Thailand ". kata Ayah kepada Mak.. 


Thailand adalah tempat asal Ayah aku, dan aku mempunyai 4 abang tiri yang tiggal disana...

semuanya telah berkeluarga..

tidak dinafikan abang-abang tiri aku semuanya mengikut jejak arwah ayah aku...

seorang yang alim dan tegas...


rupanyanya ada alasan arwah tidak mahu tanam di Malaysia...


Pada hari yang sama arwah dikebumikan di Thailand..

kira-kira waktu Asar, barulah semua urusan jenazah selesai...

tidak lama kemudian aku, mak, adik perempuan aku dan 2 orang abang tiri aku menaiki van jenazah menuju ke Thailand... 


kira-kira 2 jam perjalanan...

sampailah di Thailand...

setelah semua urusan di imegresen selesai...

kami meneruskan perjalanan ke rumah Arwah...

Dari Malaysia ke Thailand agak jauh walaupun seberang... 

apakan daya, wasiat tetap wasiat...


Arwah dikebumikan selepas isyak...

Arwah dikebumikan di tanah perkuburan berhampian dengan masjid...

TERKEJUT aku dengan kehadiran orang kampung yang begitu sesak....

seakan-akan Arwah seorang Ahli Politik..

percaya atau tidak.. 

itulah hakikatnya...

begitu besar penghormatan mereka terhadap Arwah...

dan begitu berlainan cara mereka berbanding kita di Malaysia..


- wanita tidak dibenarkan masuk ke laman perkuburan

- menjaga kubur Arwah mengikut kemampuan

- menziarahi ke kubur Arwah setiap pagi Jumaat

- Anak-anak membaca Al-Quran/ Yaasin 

 ( Al-Quran dibaca bukan sekadar 1,2,3 helai tetapi 30 juzuK Al-Quran )

betapa hormatnya mereka kepada Arwah...


sebenarnya itulah sebab Arwah mahu dikebumikan disana...

kerana ADAT...

kalau di Malaysia...


meninggal...

dihebohkan/ disebarkan...

dijenguk/ menziarah...

bacaan yaasin... (kadang-kala mengumpat)

dimandikan...

dikebumikan...


kemudian ---------------> senyap!!! Hari Raya Baru pergi kubur...

aku tak tujukan kat siapa-siapa..

aku sendiri pun begitu deh................


aku bercerita bukan menunjuk...

bukan mengaibkan orang...

bukan menjatuhkan orang...

tapi kerana ingin berkongsi...


sayanglah ayah korang dengan baik...

hidup mati bukan kerja kita................

aku pun bersosial jugak...

tapi ada batasnya....

aku bukan setiap hari di tikar sejadah...

tetapi, sekurang-kurangnya...

lakukan kewajipannya...

ingat dari mana asal kita...

apa sebab adanya kita...

kemana kita akan pergi lepas ni....

macam mana Allah tentukan kematian aku..

di jalan rayakah??..

di tikar sejadahkah??..

di tengah-tengah kita berdatingkah??...

di tengah-tengah kita membaca Al-Quran kah??..

di waktu kita menghadap ilmu kah??..

di saat kita tidurkah??..


aaaaaahhhhh!..........byak arrr................


"SEJAUH MANA KITA!!.. INGAT MATI AKAN MENJEMPUT ANDA!!!!!!..."


WAALLAHUALAM....sesungguhnya MATI itu PASTI!!..


renungkan...


Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak adam segala amal mu telah kamu lakukan akan kamu lihat.

b. Wahai anak adam, jika amal kamu itu baik kamu akan lihat baik.

c. Wahai anak adam, jika amal mu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.



itu jer........................................ assalamualaikum!!..

thanks sebab baca...

walaupun yang bawah niy jer korang baca..

kahkahkah..

suka pulak aku ni...

apa-apa pun ingatlah Allah...


   :::::

  (^_^)V... PIECE!!!....

 (_|   |_)

  ||||||||||||

|||||||||||||||||

   0  0












Monday, February 13, 2012

TOKOH-TOKOH FIZIK DALAM TAMADUN ISLAM


 1.   Al-Haitham (965-1038)


Al-Haitham (di dunia barat dikenali sebagai Alhazen) atau nama sebenarAbu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik yang ternama dalam zaman kegemilangan Islam. Dia juga dikenali sebagai ahli matematik, astronomi, kejuruteraan, anatomi, psikologi, opthalmologi dan falsafah.

Oleh kerana sumbangannya yang penting dalam fizik dan bidang-bidang lain, sesetengan sarjana sasins telah menganggapnya sebagai tokoh fizik terunggul pada zaman itu
Sumbangannya dalam fizik termasuklah kajian tentang gerakan yang mana membawa beliau menemui prinsip inersia (dikenali sekarang sebagai Hukum Newton Pertama) dan statik. Dia talah menjadikan optik satu bidang sains yang baru.

Dengan menggunakan matematik dan modul fizik yang baik dan dengan membuat eksperimen yang teliti, beliau telah meletakkan optik pad asatu asas yang kukuh.
Dia telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam kajiannyaa beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri b ayang-bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting.

Dia menggunakan mesin “lathe” larik untuk membuat cermin dan kanta cembung dan cekung untuk penyelidikaannya.

Sumbangan Al-Haitham yang penting dalam kajian tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji abrevasi sfera dan memahami bahawa dalam cermin parabolik, kesemua cahaya tertumpu pada satu titik.

Sumbangan Al-Haitham dalam biasan cahaya adalah lebih mengagumkan. Dia telah menggunakan segi empat had laju pada permukaan biasan beberapa abad sebelu Isaac Newton memperkenalkan di dunia barat. Beliau juga percasya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya yang dinamakan pada masa ini sebagai Prinsip Fermat).

Al-Haitham juga memberi sumbanagn dalam fenomena atmosfera. Beliau telah mengisahkan kesan atmosfera dalam membiaskan cahaya yang datang dari cakerawala. Fenomena subuh dan kekuningan/kemerahan langit selepa matahari terbenam juga menjadi bahan kajiannya.
Sumbanagnnya terhadap fisiologi mata juga tidak kurang pentingnya. Beliau menyatakan bahawa proses penglihatan adalah cahaya datang dari objek dan masuk ke mata. Beliau menganalisa peranan mata bertindak sebagai kanta. Kajiannya tentang fisiologi dan penyakit mata merupakan satu pencapaian sains yang begitu tinggi nilainya.
Antara karya-karya beliau; Kitab Al Manazir yang membicarakan konsep momentum dan menggunakan istilah Quwwat al harakah.

2.  Al-Biruni



Al-Biruni atau nama sebenar Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad Biruni adalah tokoh yang hidup sezaman dengan Al-Haitham, tetapi berada di tempat yang berlainan iaitu di Parsi.
Selain daripada menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi yang agung dan juga ahli matematik yang pintar.

Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang luas; memahami geografi, sejarah dan agama.
Bukunya Qanun al-Mas’uddi merupakan teks astronomi yang paling menyeluruh pada azamannya yang digunakan beberapa abad lamanya. Bukunya yang bertajuk Unsur-unsur Astrologi juga menjadi rujukan ramai.

Al-Biruni membuat pengajian yang mendalam tentang fizik dan falsafah. Di dalam surat-suratnya kepada Ibn Sina membuktikan beliau tidak terikat dengan fizik Aristotle dan falsafah peripatetik.

Di dalam perutusannya kepada Ibn Sina, dia juga ada membincangkan tentang keselanjaran dan ketakselanjaran jirim dan beliau percaya adanya ketakselanjaran.
Beliau juga membincangkan apa yang difahamkan sebagai teori atom apabila ia menyangkal pendapat bahawa sesuatu bongkah itu boleh dibelah kepada beberapa komponen yang lebih kecil secara berterusan tanpa had.

Al-Biruni juga ada membincangkan tentang kemungkinan orbit cakerawala adalah dalm bentuk elips.

Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.
Bahan
Menurut Al-Biruni
Nilai moden
Emas/ Au
19.05
19.26
Tembaga/ Cu
8.83
8.85
Timah/Sn
7.15
7.29
Besi / Fe
7.74
7.7

Di dalam bidang mekanik bendalir beliau membincangkan tentang tekanan, keseimbangan bendalir dan penyesakan ke atas air pada mata air.

3.  Al-Khazini


Abu Fath Abd al-Rahman al-Khazini adalah ahli fizik yang terkenal dala abad ke 5H/12M (era selepas Al-Haitham dan Al-Biruni).

Asalnya dia adalah seorang hamba bangsa Yunani. Al-Khazini terkenal keran penglibatan dalam bidang mekanik dan hidrostatik.

Diantara buku-buku tulisannya ialah “Mizan al-Hikmah” yang dianggap sebagai buku yang terpenting dalam mekanik dan hidrostatik yang ditulis oleh sarjana Islam.

Di dalam buku ini terdapat pandangan tokoh-tokoh sebelumnya seperti Ar-Razi, Ibn Khayyam dan Al-Biruni. Dia menggunakan pusat graviti dalam membina neracanya.

Kerja yang dilakukan oleh Al-Khazini termasuklah mengukur ketumpatan udara. Dia mendapati udara, seperti cecair, memberikan daya apungan kepada objek yang berada di dalamnya.

Beliau menyelidiki tegangan permukaan cecair dan mengukur graviti spesifik cecair. Dia tahu ketumpatan cecair adalah bersandar kepada suhu dan kemarinan. Dia percaya adanya tarikan yang menyebabkan unsur-unsur kecil membentuk satu jasad. Dia juga percaya adanya graviti.

Graviti spesifik beberapa bahan oleh Al-Khazini adalah seperti berikut:
Bahan
Menurut Al-Khazini
Nilai moden
Raksa/Hg
13.56
13.59
Besi/Fe
7.74
7.79
Timah/Sn
7.34
7.29
Plumbum/Pb
11.32
11.35
4.  Ibn Yunus

Abu Saud Abd Rahman Ibn Yunus, adalah seorang ahli fizik yang terkemuka di Kaherah. Dia mencipta bandul dan menerangkan bagaimana bandul beroperasi. Bandul telah digunakan untuk mengukur masa.

Sunday, February 12, 2012

SENARAI AHLI-AHLI FIZIK...



 A
§  Ernst Karl Abbe — Jerman (1840–1905)
§  Alexei Alexeyevich Abrikosov — Rusia (1928- )
§  Zhores Ivanovich Alferov — Rusia (1930- )
§  Hannes Olof Gosta Alfven — Sweden (1908–1995)
§  Samuel King Allison — Amerika Syarikat (1900-1965)
§  Luis Walter Alvarez — Amerika Syarikat (1911–1988)
§  Andre-Marie Ampere — Perancis (1775–1836)
§  Anders Jonas Angstrom — Sweden (1814–1874)
§  Carl David Anderson — Amerika Syarikat (1905-1991)
§  Philip Warren Anderson — Amerika Syarikat (1923– )
§  Edward Victor Appleton — United Kingdom (1892-1965)
§  Archimedes — Syracuse (k.k. 287–212 SM)
§  Aristarchus dari Samos — Samos (310 – k.k. 230 SM)
§  Aristotle — Athens, Greece (384–322 SM)
§  Johann Jakob Balmer — Switzerland (1825–1898)
§  John Bardeen — Amerika Syarikat (1908–1991)
§  Charles Glover Barkla — United Kingdom (1877-1944)
§  Laura Maria Caterina Bassi — Itali (1711-1778)
§  Nikolay Basov — Rusia (1922-2001)
§  Zoltán Lajos Bay — Hungary (1900–1992)
§  John Stewart Bell — United Kingdom (1928–1990)
§  Henri Becquerel — Perancis (1852–1908)
§  Johannes Georg Bednorz — Jerman (1950- )
§  Daniel Bernoulli — Switzerland (1700–1782)
§  Hans Bethe — Jerman, Amerika Syarikat (1906–2005)
§  Gerd Binnig — Jerman (1947- )
§  Jean-Baptiste Biot — Perancis (1774–1862)
§  Raymond T. Birge — Amerika Syarikat (1887–1980)
§  Vilhelm Bjerknes — Norway (1862–1951)
§  Patrick Blackett — United Kingdom (1897-1947)
§  Felix Bloch — Switzerland (1905–1983)
§  Nicolaas Bloembergen — Belanda (1920- )
§  David Bohm — Amerika Syarikat (1917-1992)
§  Niels Bohr — Denmark (1885–1962)
§  Aage Niels Bohr — Denmark (1922– )
§  Ludwig Boltzmann — Austria (1844–1906)
§  Max Born — Jerman, United Kingdom (1882–1970)
§  Rudjer Josip Boscovich  Dubrovnik (1711–1787)
§  Satyendra Nath Bose — India (1894–1974)
§  Walther Bothe — Jerman (1891-1957)
§  Robert Boyle — Ireland, England (1627–1691)
§  William Henry Bragg — United Kingdom (1862-1942)
§  William Lawrence Bragg — Australia (1890-1971)
§  Walter Houser Brattain — Amerika Syarikat (1902-1987)
§  Karl Ferdinand Braun — Jerman (1850-1918)
§  David Brewster — United Kingdom (1781–1868)
§  Percy Williams Bridgman — Amerika Syarikat (1882-1961)
§  Bertram Brockhouse — Kanada (1918-2003)
§  Louis-Victor de Broglie — Perancis (1892–1987)
§  Thomas Townsend Brown — Amerika Syarikat (1905–1985)
§  Nicolas Cabrera — Sepanyol (1913–1989)
§  Fritjof Capra — Austria, Amerika Syarikat (1939– )
§  Nicolas Leonard Sadi Carnot — Perancis (1796–1832)
§  Henry Cavendish — United Kingdom (1731–1810)
§  James Chadwick — United Kingdom (1891-1974)
§  Owen Chamberlain — Amerika Syarikat (1920– )
§  Subrahmanyan Chandrasekhar — India, Amerika Syarikat (1910–1995)
§  Georges Charpak — Perancis (1924- )
§  Pavel Alekseyevich Cherenkov — Empayar Rusia, Kesatuan Soviet (1904–1990)
§  Ernst Chladni — Jerman (1756–1827)
§  Steven Chu — Amerika Syarikat (1948– )
§  Giovanni Ciccotti — Itali (1943– )
§  Rudolf Clausius — Jerman (1822–1888)
§  John Cockcroft — United Kingdom (18979-1967)
§  Claude Cohen-Tannoudji — Perancis (1933- )
§  Arthur Compton — Amerika Syarikat (1892-1962)
§  Leon Cooper — Amerika Syarikat (1930- )
§  Eric Allin Cornell — Amerika Syarikat (1961- )
§  Marie Alfred Cornu — Perancis (1841–1902)
§  Charles-Augustin de Coulomb — Perancis (1736–1806)
§  James Cronin — Amerika Syarikat (1931- )
§  Pierre Curie — Perancis (1859–1906)
§  Marie Curie — Poland, Perancis (1867–1934)
§  Jean le Rond d'Alembert — Perancis (1717–1783)
§  Gustaf Dalen — Sweden (1869-1937)
§  John Dalton — United Kingdom (1766–1844)
§  Charles Galton Darwin — United Kingdom (1887–1962)
§  Paul Davies — Australia (1946– )
§  Raymond Davis Jr. — Amerika Syarikat (1914-2006)
§  Clinton Davisson — Amerika Syarikat (1881-1958)
§  Hans Georg Dehmelt — Jerman, Amerika Syarikat (1922- )
§  Democritus — Abdera (k.k. 460–360 SM)
§  James Dewar — United Kingdom (1842–1923)
§  Paul Dirac — United Kingdom (1902–1984)
§  Revaz Dogonadze — Bekas Kesatuan Soviet, Georgia (1931–1985)
§  Christian Doppler — Austria (1803–1853)
§  Freeman Dyson — United Kingdom, Amerika Syarikat (1923– )
§  William Eccles — United Kingdom (1875–1966)
§  Paul Ehrenfest — Austria-Hungary, Belanda (1880–1933)
§  Felix Ehrenhaft — Austria-Hungary, Amerika Syarikat (1879–1952)
§  Albert Einstein — Jerman, Itali, Switzerland, Amerika Syarikat (1879–1955)
§  Loránd Eotvos — Austria-Hungary (1848–1919)
§  Leo Esaki — Jepun (1925- )
§  Ernest Esclangon — Perancis (1876–1954)
§  Louis Essen — United Kingdom (1908–1997)
§  Leonhard Euler — Switzerland (1707–1783)
§  James Alfred Ewing — United Kingdom (1855–1935)
§  Michael Faraday — United Kingdom (1791–1867)
§  Enrico Fermi — Itali (1901–1954)
§  Herman Feshbach — Amerika Syarikat (1917-2000)
§  Richard Feynman — Amerika Syarikat (1918–1988)
§  David Finkelstein — Amerika Syarikat (1929- )
§  Val Logsdon Fitch — Amerika Syarikat (1923- )
§  George Francis FitzGerald — Ireland (1851–1901)
§  Hippolyte Fizeau — Perancis (1819–1896)
§  Vladimir Aleksandrovich Fock — Empayar Rusia, Kesatuan Soviet (1898–1974)
§  James David Forbes — United Kingdom (1809–1868)
§  Leon Foucault — Perancis (1819–1868)
§  Joseph Fourier — Perancis (1768–1830)
§  William Alfred Fowler — Amerika Syarikat (1911-1995)
§  James Franck — Jerman, Amerika Syarikat (1882-1964)
§  Ilya Frank — Rusia (1908-1990)
§  Benjamin Franklin  Amerika Syarikat (1706–1790)
§  Joseph von Fraunhofer — Jerman (1787–1826)
§  Augustin-Jean Fresnel — Perancis (1788–1827)
§  Daniel Friedan — Amerika Syarikat
§  B. Roy Frieden — Amerika Syarikat (1936– )
§  Jerome Isaac Friedman — Amerika Syarikat (1930- )
§  Harald Fuchs — Jerman (1951-)
§  Dennis Gabor — Hungary (1900—1979)
§  Galileo Galilei — Itali (1564—1642)
§  Carl Friedrich Gauss — Jerman (1777–1855)
§  Joseph Louis Gay-Lussac — Perancis (1778–1850)
§  Murray Gell-Mann — Amerika Syarikat (1929– )
§  Josiah Willard Gibbs — Amerika Syarikat (1839–1903)
§  William Gilbert — England (1544–1603)
§  Brian Greene — Amerika Syarikat (1963— )
§  John Gribbin — United Kingdom (1946 — )
§  David Gross — Amerika Syarikat (1941— )
§  Alessio Guarino — Itali (1970–)
§  Feza Gursey — Turki (1921–1992)
§  Martin Gutzwiller — Switzerland (1925– )
§  Rudolf Haag — Jerman (1922– )
§  Edwin Hall — Amerika Syarikat (1855–1938)
§  William Rowan Hamilton — Ireland (1805–1865)
§  Peter Andreas Hansen — Denmark (1795–1874)
§  W.W. Hansen — Amerika Syarikat (1909–1949)
§  Douglas Hartree — United Kingdom (1897–1958)
§  Stephen Hawking — United Kingdom (1942– )
§  Oliver Heaviside — United Kingdom (1850–1925)
§  Werner Karl Heisenberg — Jerman (1901–1976)
§  Hermann von Helmholtz — Jerman (1821–1894)
§  Joseph Henry — Amerika Syarikat (1797–1878)
§  John Herapath — United Kingdom (1790–1868)
§  Carl Hermann — Jerman (1898–1961)
§  Heinrich Rudolf Hertz — Jerman (1857–1894)
§  Peter Higgs - United Kingdom (1929-)
§  George William Hill — Amerika Syarikat (1838–1914)
§  Gustave-Adolphe Hirn — Perancis (1815-1890)
§  Dorothy Crowfoot Hodgkin - England (1910-1994)
§  Gerardus 't Hooft — Belanda (1946– )
§  Robert Hooke — England (1635–1703)
§  John H. Hubbell — Amerika Syarikat (lahir 1925)
§  Christian Huygens — Belanda (1629–1695)
§  Ali Javan — Iran (1928– )
§  Edwin Jaynes — Amerika Syarikat (1922–1998)
§  Irene Joliot-Curie - Perancis (1897-1956)
§  Brian David Josephson — United Kingdom (1940– )
§  James Prescott Joule — United Kingdom (1818–1889)
§  Michio Kaku — Amerika Syarikat (1947- )
§  William R. Kanne — Amerika Syarikat
§  Pyotr Kapitza — United Kingdom, Kesatuan Soviet (1894-1984)
§  Alfred Kastler — Perancis (1902-1984)
§  Johannes Kepler — Jerman (1571–1630)
§  John Kerr — United Kingdom (1824–1907)
§  Julii Khariton - Kesatuan Soviet (1904-1996)
§  Gustav Robert Kirchhoff — Jerman (1824–1887)
§  August Kronig — Jerman (1822–1879)
§  Igor Vasilyevich Kurchatov — Kesatuan Soviet (1903–1960)
§  Behram Kursunoglu — Turki (1922-2003)
§  Joseph Louis Lagrange  Perancis (1736–1813)
§  Lev Davidovich Landau — Empayar Rusia, Kesatuan Soviet (1908–1968)
§  Irving Langmuir — Amerika Syarikat (1851–1957)
§  Max von Laue — Jerman (1879–1960)
§  Ernest Lawrence — Amerika Syarikat (1901–1958)
§  Pyotr Nikolaevich Lebedev — Empayar Rusia (1866–1912)
§  Tsung-Dao Lee — China (1926– )
§  Georges-Louis Le Sage  Switzerland (1724–1803)
§  Gottfried Wilhelm Leibniz — Jerman (1646–1716)
§  John Leslie — United Kingdom (1766–1832)
§  Robert von Lieben Austria-Hungary — (1878-1913)
§  David Lindley — Amerika Syarikat (?– )
§  Karl L. Littrow — Austria (1811–1877)
§  Maurice Loewy — Austria/Perancis (1833–1907)
§  Robert K. Logan - Amerika Syarikat (1939 - )
§  Archibald Low — Britain (1888-1956)
§  Johann Loschmidt — Jerman (1821–1895)
§  Lucretius — Rom (98?–55 SM)
§  Markus Luty — Amerika Syarikat
§  Aleksandr Mikhailovich Lyapunov — Empayar Rusia (1857–1918)
§  Benjamin Lee — Amerika Korea (1935-1977)
§  Ernst Mach — Austria-Hungary (1838–1916)
§  Theodore Maiman — Amerika Syarikat (1927– )
§  Juan Martín Maldacena — Argentina (1968– )
§  Etienne-Louis Malus  Perancis (1775–1812)
§  Leonid Isaakovich Mandelshtam — Empayar Rusia, Kesatuan Soviet (1879–1944)
§  Guglielmo Marconi — Itali (1874–1937)
§  Henry Margenau — Jerman/ Amerika Syarikat (1901-1977)
§  William Markowitz — Amerika Syarikat (1907–1998)
§  James Clerk Maxwell — United Kingdom (1831–1879)
§  Maria Goeppert Mayer - Jerman, Amerika Syarikat (1906-1972)
§  Ronald E. McNair — Amerika Syarikat (1950–1986)
§  Macedonio Melloni — Itali (1798–1854)
§  Lise Meitner - Austria (1878-1968)
§  Thomas Corwin Mendenhall — Amerika Syarikat (1841–1924)
§  Albert Abraham Michelson — Amerika Syarikat (1852–1931)
§  Robert Andrews Millikan — Amerika Syarikat (1868–1953)
§  Jagadeesh Moodera — India, Amerika Syarikat (1950— )
§  Henry Moseley — United Kingdom (1887–1915)
§  Amedee Mouchez — Sepanyol, Perancis (1821–1892)
§  Jose Enrique Moyal — Palestin, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia (1910-1998)
§  Richard A. Muller — Amerika Syarikat (1944– )
§  John von Neumann — Austria-Hungary, Amerika Syarikat (1903–1957)
§  Simon Newcomb — Amerika Syarikat (1835–1909)
§  Sir Isaac Newton — England (1642–1727)
§  Leopoldo Nobili — Itali (1784–1835)
§  Emmy Noether - Jerman (1882-1935)
§  Georg Ohm — Jerman (1789–1854)
§  Lars Onsager — Norway (1903–1976)
§  Robert Oppenheimer — Amerika Syarikat (1904–1967)
§  Nicolas Oresme — Perancis (1325–1382)
§  Egon Orowan — Austria-Hungary/ Amerika Syarikat (1901–1989)
§  Yuri Orlov — Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat (1924– )
§  Hans Christian Orsted — Denmark (1777–1851)
§  Blaise Pascal — Perancis (1623–1662)
§  Wolfgang Ernst Pauli — Austria-Hungary (1900–1958)
§  G. B. Pegram — Amerika Syarikat (1876–1958)
§  Max Planck — Jerman (1858–1947)
§  Roger Penrose — United Kingdom (1931– )
§  Saul Perlmutter — Amerika Syarikat (1959- )
§  Bernhard Philberth — Jerman (1927– )
§  Joseph Plateau — Belgium (1801–1883)
§  John Polkinghorne — United Kingdom (1930– )
§  Henri Poincare — Perancis (1854–1912)
§  Heraclides Ponticus — Yunani (387–312 SM)
§  John Henry Poynting — United Kingdom (1852–1914)
§  William Prout — United Kingdom (1785–1850)
§  Ivan Pulyuy - United Kingdomraine (1845-1918)
§  Michael Pupin - Austria-Hungary/Amerika Syarikat (1858-1935)
§  Chandrasekhara Venkata Raman — India (1888–1970)
§  Lord Rayleigh — United Kingdom (1842–1919)
§  Hubert Reeves — Kanada (1932– )
§  Louis Rendu — Perancis (1789-1859)
§  Osborne Reynolds — United Kingdom (1842–1912)
§  Wilhelm Conrad Röntgen — Jerman (1845–1923)
§  Marshall Rosenbluth — Amerika Syarikat (1927-2003)
§  Carl-Gustav Arvid Rossby — Sweden, Amerika Syarikat (1898–1957)
§  Carlo Rubbia — Itali (1934- )
§  David Ruelle — Belgium, Perancis (1935– )
§  Ernest Rutherford — New Zealand, United Kingdom (1871–1937)
§  Johannes Rydberg — Sweden (1854–1919)
§  Andrei Dmitrievich Sakharov — Kesatuan Soviet (1929–1989)
§  Oscar Sala — Brazil (1922– )
§  Abdus Salam — Pakistan-United Kingdom (1926–1996)
§  Jack Sarfatti — Amerika Syarikat (1939– )
§  Isidor Sauers — Austria (1948- )
§  Felix Savart — Perancis (1791–1841)
§  Erwin Schrödinger — Austria-Hungary (1887–1961)
§  Emilio G. Segrè — Amerika Syarikat/Itali (1905–1989)
§  Willebrord Snell — Belanda (1580–1626)
§  Arnold Sommerfeld - Jerman (1868-1951)
§  Javier Solana — Sepanyol (1942– )
§  Jožef Stefan — Austria-Hungary, Slovenia (1835–1893)
§  Karl August von Steinheil — Jerman (1801–1870)
§  George Gabriel Stokes — United Kingdom (1819–1903)
§  Oleg Sushkov — Australia-Rusia (~1950- )
§  Joseph Wilson Swan — United Kingdom (1828–1914)
§  Leó Szilard — Austria-Hungary, Amerika Syarikat (1898–1964)
§  Shen Kuo — China 1031 - 1095)
§  Igor Yevgenyevich Tamm — Empayar Rusia, Kesatuan Soviet (1895–1971)
§  Max Tegmark — Sweden, Amerika Syarikat (1967– )
§  Edward Teller — Austria-Hungary/Amerika Syarikat (1908–2003)
§  Nikola Tesla — Serbia (negara)/Croatia (tempat asal)/Amerika Syarikat (1856–1943)
§  Joseph John Thomson — United Kingdom (1856–1940)
§  William Thomson (Lord Kelvin) — United Kingdom (1824–1907)
§  Kip Stephen Thorne — Amerika Syarikat (1940– )
§  Evangelista Torricelli — Itali (1608–1647)
§  Bruno Touschek  Itali ([[1921-1978)
§  Charles Townes — Amerika Syarikat (1915– )
§  Johann Georg Tralles  Jerman (1763–1822)
§  Sam Treiman — Amerika Syarikat (1926- )
§  Johannes Diderik van der Waals — Belanda (1837–1923)
§  Sergei Vavilov — Kesatuan Soviet (1891–1951)
§  Gabriele Veneziano  Itali (1942- )
§  Giovanni Battista Venturi — Itali (1746–1822)
§  Emile Verdet — Perancis (1824-1866)
§  Alessandro Volta — Itali (1745–1827)
§  Gleb Wataghin  United Kingdomraine/Itali/Brazil (1896–1986)
§  John James Waterston — United Kingdom (1811–1883)
§  James Watt — United Kingdom (1736–1819)
§  Denis Weaire  Republik Ireland (194?- )
§  Wilhelm Weber — Jerman (1804–1891)
§  Steven Weinberg — Amerika Syarikat (1933– )
§  Victor Frederick Weisskopf — Austria, Amerika Syarikat (1908–2002)
§  John Archibald Wheeler - Amerika Syarikat (1911-)
§  Arthur Wightman — Amerika Syarikat (?– )
§  Eugene Wigner — Austria-Hungary/Amerika Syarikat (1902–1993)
§  Frank Wilczek — Amerika Syarikat (1951– )
§  Robert R. Wilson — Amerika Syarikat (1914–2000)
§  Edward Witten — Amerika Syarikat (1951– )
§  Lincoln Wolfenstein - Amerika Syarikat (1923-)
§  Robert W. Wood — Amerika Syarikat (1868–1955)
§  Rosalyn Yalow - Amerika Syarikat (1921- )
§  Chen Ning Yang — China (1922– )
§  Thomas Young — United Kingdom (1773–1829)
§  Hideki YUnited Kingdomawa — Jepun (1907–1981)