jam!!!.. masa.. dulu x pntig, skrag?.. bapak die.. daa laju sihhh..

jam!!!.. masa.. dulu x pntig, skrag?.. bapak die.. daa laju sihhh..
arwah ayah aku meniggal 8 hari ak nk exam, dulu2 mmg pernah r mglamun s0rag2.. nty da keje nk kasi ayah & ma duit bulan2, nnty rayer nk bli baju rayer, nnty da sakit aku nk suapkan bubur... fuhhh!.. mgeluh ak.. sumer x kesampaian.... ak niy bukan anak y baik, selalu jgak wt ma marah.. tp xder r tahap derhaka si tanggang tuh.. ak nih pemalas, skarg pun still ag.. tp da 0k lar ckit ann.. da sedar diri.. beza giler nga dulu... bilik b'sepah2.. bengo0ng ak nih!.. skag da mature d0k umah sewa.. sumer da pndai.. paling best da x cm dulu, dulu ma y kejutkan.. skrg da x lagiiiiiiii........ apa aku nk ckp, syg apa y masih ader, jgn nk leka sgt.. o0wkeh!!..

Monday, February 13, 2012

TOKOH-TOKOH FIZIK DALAM TAMADUN ISLAM


 1.   Al-Haitham (965-1038)


Al-Haitham (di dunia barat dikenali sebagai Alhazen) atau nama sebenarAbu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik yang ternama dalam zaman kegemilangan Islam. Dia juga dikenali sebagai ahli matematik, astronomi, kejuruteraan, anatomi, psikologi, opthalmologi dan falsafah.

Oleh kerana sumbangannya yang penting dalam fizik dan bidang-bidang lain, sesetengan sarjana sasins telah menganggapnya sebagai tokoh fizik terunggul pada zaman itu
Sumbangannya dalam fizik termasuklah kajian tentang gerakan yang mana membawa beliau menemui prinsip inersia (dikenali sekarang sebagai Hukum Newton Pertama) dan statik. Dia talah menjadikan optik satu bidang sains yang baru.

Dengan menggunakan matematik dan modul fizik yang baik dan dengan membuat eksperimen yang teliti, beliau telah meletakkan optik pad asatu asas yang kukuh.
Dia telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam kajiannyaa beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri b ayang-bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting.

Dia menggunakan mesin “lathe” larik untuk membuat cermin dan kanta cembung dan cekung untuk penyelidikaannya.

Sumbangan Al-Haitham yang penting dalam kajian tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji abrevasi sfera dan memahami bahawa dalam cermin parabolik, kesemua cahaya tertumpu pada satu titik.

Sumbangan Al-Haitham dalam biasan cahaya adalah lebih mengagumkan. Dia telah menggunakan segi empat had laju pada permukaan biasan beberapa abad sebelu Isaac Newton memperkenalkan di dunia barat. Beliau juga percasya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya yang dinamakan pada masa ini sebagai Prinsip Fermat).

Al-Haitham juga memberi sumbanagn dalam fenomena atmosfera. Beliau telah mengisahkan kesan atmosfera dalam membiaskan cahaya yang datang dari cakerawala. Fenomena subuh dan kekuningan/kemerahan langit selepa matahari terbenam juga menjadi bahan kajiannya.
Sumbanagnnya terhadap fisiologi mata juga tidak kurang pentingnya. Beliau menyatakan bahawa proses penglihatan adalah cahaya datang dari objek dan masuk ke mata. Beliau menganalisa peranan mata bertindak sebagai kanta. Kajiannya tentang fisiologi dan penyakit mata merupakan satu pencapaian sains yang begitu tinggi nilainya.
Antara karya-karya beliau; Kitab Al Manazir yang membicarakan konsep momentum dan menggunakan istilah Quwwat al harakah.

2.  Al-Biruni



Al-Biruni atau nama sebenar Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad Biruni adalah tokoh yang hidup sezaman dengan Al-Haitham, tetapi berada di tempat yang berlainan iaitu di Parsi.
Selain daripada menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi yang agung dan juga ahli matematik yang pintar.

Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang luas; memahami geografi, sejarah dan agama.
Bukunya Qanun al-Mas’uddi merupakan teks astronomi yang paling menyeluruh pada azamannya yang digunakan beberapa abad lamanya. Bukunya yang bertajuk Unsur-unsur Astrologi juga menjadi rujukan ramai.

Al-Biruni membuat pengajian yang mendalam tentang fizik dan falsafah. Di dalam surat-suratnya kepada Ibn Sina membuktikan beliau tidak terikat dengan fizik Aristotle dan falsafah peripatetik.

Di dalam perutusannya kepada Ibn Sina, dia juga ada membincangkan tentang keselanjaran dan ketakselanjaran jirim dan beliau percaya adanya ketakselanjaran.
Beliau juga membincangkan apa yang difahamkan sebagai teori atom apabila ia menyangkal pendapat bahawa sesuatu bongkah itu boleh dibelah kepada beberapa komponen yang lebih kecil secara berterusan tanpa had.

Al-Biruni juga ada membincangkan tentang kemungkinan orbit cakerawala adalah dalm bentuk elips.

Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.
Bahan
Menurut Al-Biruni
Nilai moden
Emas/ Au
19.05
19.26
Tembaga/ Cu
8.83
8.85
Timah/Sn
7.15
7.29
Besi / Fe
7.74
7.7

Di dalam bidang mekanik bendalir beliau membincangkan tentang tekanan, keseimbangan bendalir dan penyesakan ke atas air pada mata air.

3.  Al-Khazini


Abu Fath Abd al-Rahman al-Khazini adalah ahli fizik yang terkenal dala abad ke 5H/12M (era selepas Al-Haitham dan Al-Biruni).

Asalnya dia adalah seorang hamba bangsa Yunani. Al-Khazini terkenal keran penglibatan dalam bidang mekanik dan hidrostatik.

Diantara buku-buku tulisannya ialah “Mizan al-Hikmah” yang dianggap sebagai buku yang terpenting dalam mekanik dan hidrostatik yang ditulis oleh sarjana Islam.

Di dalam buku ini terdapat pandangan tokoh-tokoh sebelumnya seperti Ar-Razi, Ibn Khayyam dan Al-Biruni. Dia menggunakan pusat graviti dalam membina neracanya.

Kerja yang dilakukan oleh Al-Khazini termasuklah mengukur ketumpatan udara. Dia mendapati udara, seperti cecair, memberikan daya apungan kepada objek yang berada di dalamnya.

Beliau menyelidiki tegangan permukaan cecair dan mengukur graviti spesifik cecair. Dia tahu ketumpatan cecair adalah bersandar kepada suhu dan kemarinan. Dia percaya adanya tarikan yang menyebabkan unsur-unsur kecil membentuk satu jasad. Dia juga percaya adanya graviti.

Graviti spesifik beberapa bahan oleh Al-Khazini adalah seperti berikut:
Bahan
Menurut Al-Khazini
Nilai moden
Raksa/Hg
13.56
13.59
Besi/Fe
7.74
7.79
Timah/Sn
7.34
7.29
Plumbum/Pb
11.32
11.35
4.  Ibn Yunus

Abu Saud Abd Rahman Ibn Yunus, adalah seorang ahli fizik yang terkemuka di Kaherah. Dia mencipta bandul dan menerangkan bagaimana bandul beroperasi. Bandul telah digunakan untuk mengukur masa.

No comments:

Post a Comment